Monday 11 July 2011

Anak Malaysia: Kesyukuran

Anak Malaysia: Kesyukuran: "Negara yang kita kenali kini akan menyambut hari kemerdekaan nya yang ke-54 tahun pada 31 Ogos 2011. Kita bersyukur kerana hidup dalam harm..."

Kesyukuran


Negara yang kita kenali kini akan menyambut hari kemerdekaan nya yang ke-54 tahun pada 31 Ogos 2011. Kita bersyukur kerana hidup dalam harmoni dan aman damai. Bermacam-macam dugaan yang dilalui oleh para pejuang kemerdekaan negara tercinta kita untuk memperolehi kemerdekaan. Namun pernah kah kita terfikir akan kepayahan datuk nenek moyang kita dulu memperjuangkan kemerdekaan kita? Kita semua lupa akan pergorbanan mereka untuk kita semua pada hari ini. Merdeka membawa maksud bebas dari jajahan mana-mana pihak. Tapi bagi diriku Merdeka adalah bermaksud bebas dari jajahan bukan pada negara sahaja namun pada diri aku sendiri. Mungkin kita sering lupa akan kita sebenarnya masih dijajah iaitu dijajah pada fikiran dan minda kita. Kita perlu bangun dan sedar akan diri kita kini cuba menghapuskan titik perjuangan datuk nenek moyang kita dahulu.
Dalam kita meniti arus kemodenan serta pembangunan ekonomi,kita lupa siapa kita yang sebenarnya. Siapa kita? Jawapannya ada pada dalam diri kita,bukan nya pada pengaruh atau hasutan luar yang ingin memporak perandakan negara kita yang aman damai. Fikirkan lah,siapa lagi yang akan mempertahankan negara kita tercinta jika bukan diri kita. Siapa lagi yang akan mempertahankan keMerdekaan negara kita jika bukan ANAK MALAYSIA

Cuba anda lihat gambar disebelah kanan ini. Ini mungkin terjadi pada anak-anak kita jika kita tidak mempertahankan kemerdekaan yang kita kecapi selama ini. Adakah anda berasa bangga bila melihat anak-anak cucu cicit kita yang menanggung akibat dari diri kita sendiri? Sanggupkah kita melihat anak-anak cucu cicit kita meminta sedekah dan belas kesian dari atas kesilapan kita sendiri? Jawapannya semua terletak pada diri anda semua. Dan tanpa kita sedari kita telah alpa akan pentingnya kemerdekaan negara kita tercinta.
Bangkitlah anak-anak Merdeka, jangan lah kita layu dibuai angin kemajuan dan alpa akan pentingnya kemerdekaan negara kita. Pertahankan keamanan negara kita tercinta ini. Bersatulah bukan adakan pertengkaran seperti hilang maruah diri. Siapa kita tanpa kemerdekaan yang kita kecapi kini. Siapa kita tanpa pemimpin kemerdekaan kita. Siapa anda untuk menyuarakan ketidakpuasan kerajaan kita kini. Jangan mudah goyah oleh ideologi-ideologi luar yang hanya ingin melihat negara kita porak peranda serta ingin melihat peristiwa 13 Mei berulang kembali. Cukuplah,sedarlah yang kita ini hanya pinjaman dunia sementara.

Jangan jadikan masa depan anak cucu cicit kita sebagai taruhan kita pada masa kini. Fikirkan lah yang kita ini lahir dalam sebuah kemerdekaan yang datuk nenek kita perjuangkan. Cukuplah apa yang kita lihat terjadi pada negara luar. Siang malam bertempur dimedan pejuangan yang sia-sia hingga mengorbankan nyawa yang tak berdosa. Fikirkan lah adakah ini yang kita mahukan untuk bergelar negara Merdeka? Dan tak mustahil gambaran diatas akan terjadi pada anak cucu cicit kita jika kita masih ingin memperjuangkan perjuangan yang sia-sia. Sekian terima kasih. Hidup Malaysia, Hidup Anak Merdeka dan Salam Satu Malaysia.